Kisah Kita Dengan Ibu

Friday, April 29, 2011

-   KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN
    MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH
    KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

·   APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN,
    KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA
    TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.

·   MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN
    DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA
    KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.

·   KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK
    PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN
    MENCONTENG DINDING.

·   BERUSIA 5  TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN
    BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK
    DALAM LOPAK KOTOR.

·   SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE
    SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT,
    "TAK NAK! TAK NAK!"

·   APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA.
    CARA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN KITA PECAHKAN CERMIN
    TINGKAP JIRAN.

·   MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA
    UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

·   KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH,
    KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG
    KELAS.

·   BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK
    MENEMANKAN KITA KEMANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH
    DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

·   APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA
    SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON
    TELEVISYEN.


·   MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN
    YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH
    KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK
    SESUAI ZAMAN SEKARANG.

·   KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT
    UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA
    UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS
    SEPUCUK SURAT PUN.

·   BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN
    RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA  UCAPKAN TERIMA KASIH
    DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

·   MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA
    APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA,
    KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA
    BERSAMA KAWAN-KAWAN.

·   KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR
    YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET
    BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN
    PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN
    KAWAN-KAWAN.

·   BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA
    TEMAN ISTEMEWA, KITA KATA, "ITU BUKAN URUSAN IBU!"

·   SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN
    PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, "SAYA TAK MAHU
    JADI SEPERTI IBU."

·   APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT
    UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN
    PADA KAWAN-KAWAN?. "PERABOT PILIHAN IBU SAYA TAK
    CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!"

·   MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL
    MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA
    DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT,
    "IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH?."




·   KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH
    MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU
    MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN
    KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN
    BERPINDAH JAUH.

·   PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT
    DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH
    BERKATA, "ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN."

·   KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN
    MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA,
    "KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG."

·   APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN
    MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI
    KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN
    KEPADA ANAK-ANAK.

·   DAN KEMUDIAN SUATI HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU
    MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN
    AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU
    MENERPA SATU PERSATU.

JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL,
INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA
KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG


Cinta sejati hanya untuk ibuku…jangan sampai terlewat..

BALASAN MEREKA YANG MENGINGKARI PERINTAH ALLAH


Saidina Ali Radhiallahu Anhu berkata: " Saya dan Fatimah, memasuki rumah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ketika itu baginda sedang menangis tersedu-sedu, kemudian saya pun bertanya: Apakah yang menyebabkan tuan hamba menangis Ya Rasulullah? Baginda bersabda : Hai Ali, pada malam Isra' ku ke langit, aku telah melihat para wanita daripada umatku sedang diseksa dengan berbagai macam seksaan, itulah sebabnya aku menangis kerana menyaksikan azab mereka yang sangat berat dan mengerikan:

1. Saya melihat wanita yang digantung dengan rambutnya hingga mendidih otaknya.

2. Saya melihat wanita yang digantung dengan lidahnya, lalu air panas mendidih dituangkan kekerongkongnya.

3. Saya melihat wanita yang kedua kakinya diikat keteteknya, sementara kedua tangannya ke ubun-ubun.

4. Saya menyaksikan wanita tergantung sedangkan teteknya digigit ular dan kala jengking.

5. Saya melihat wanita berkepala babi badannya himar diseksa dengan seribu macam seksaan.

6. Dan saya meyaksikan wanita menyerupai anjing sedangkan api masuk dari mulut dan keluar dari duburnya, sementara malaikat memukul kepalanya dengan pontong api.

Lima tanda hati keras membatu

Monday, March 14, 2011

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah


Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)

Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata.


PROUD TO BE A MUSLIM

Saturday, January 22, 2011


BE A MUSLIM CAN CHANGE OUR LIVE

AMALKAN LAH UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP



1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak lakukan sesuatu

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya'Allah jika merencana berbuat sesuatu di hari esok

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tidak diingini

6. 
Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidah

4 perkara sebelum tido


4 PERKARA SEBELUM TIDUR ( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :


1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu di hari akhirat nanti,

3. Sebelum para muslim meredhai kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasulullah tersenyum dan bersabda : "Sebelum engkau hendak tidur bacalah: Al Ikhlas tiga kali. Amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Membacalah sholawat untukKu, maka aku akan memberi syafaat untukmu dihari akhirat kelak.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. "Astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat " Ampunilah aku ya Allah yang maha besar, kedua ibubapaku, semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati."

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Kalau larat amalkan sekurang-kurangnya tiga kali. Selepas itu bacalah bismillahirahmanirahim sebanyak 21 kali. Seterusnya bacalah doa sebelum tidur.
Adapun amalan rasulullah sebelum tidur itu membaca surah sajadah dan Al Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca suratul Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang.

Sebagai suatu perlindungan eloklah kita amalkan membaca Ayatul Kursi dan 4 Qul semoga kita di jauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.
Sekian untuk ingatan kita bersama.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yanglain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. 

LAYAK KE KITA SEMUA?

Tuesday, January 11, 2011

Kita sebenarnya...

lebih gembira menyambut 1 Januari
daripada 1 Muharram

Kita sebenarnya...

lebih tahu apa itu 14 Februari daripada
12 Rabiulawal

Kita sebenarnya...

lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad
daripada hari Jumaat

Kita sebenarnya...

lebih khusyuk mendengar lagu daripada
mendengar Azan

Kita sebenarnya...

lebih suka lepak, tidur, tengok TV..dll
daripada sembahyang dan mengaji

Kita sebenarnya...

lebih tahu tentang artis pujaan kita
daripada nama nabi-nabi Allah

Kita sebenarnya...

lebih suka menyebut hello! dan hi!
daripada Assalamualaikum

Kita sebenarnya...

lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-
hop...dll daripada berwirid atau
bertahmid

Kita sebenarnya...

lebih suka memuji manusia daripada
Tuhan kita sendiri

Kita sebenarnya...

lebih suka membaca majalah hiburan
daripada buku-buku agama

Kita sebenarnya...

lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke
ceramah agama

Kita sebenarnya...

lebih suka memaki, mengumpat orang
daripada memuji mereka

Kita sebenarnya...

lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada
menyebut MasyaAllah

Kita sebenarnya...

lebih suka kemungkaran daripada
membuat kebaikkan

Kita sebenarnya...

lebih bangga dengan kejahilan kita
daripada bersyukur dengan keimanan kita

Kita sebenarnya...

lebih cintakan dunia daripada urusan
akhirat

TETAPI bila orang tanya arah
tujuan kita, kita pasti akan jawab
bahawa...

KITA SEBENARNYA......

lebih suka menuju ke Syurga daripada ke
Neraka

Layakkah kita dengan Syurga milik
Allah??

Design of Open Media | Source: Natural Blogger Template Download Created simple by Wedding Cards Singapore.